Perang Dunia II Georg-Hans_Reinhardt

Dilahirkan pada tahun 1887, Reinhardt berjuang semasa Perang Dunia I. Beliau memerintah Divisyen Ke-4 Panzer semasa Pencerobohan Poland pada September 1939.[1] Selepas itu, Reinhardt telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross. Dalam Pertempuran Perancis tahun 1940, Reinhardt memerintah Kor XXXXI Panzer.[1]

Operasi Barbarossa

Pada tahun 1941, Reinhardt dan Kor XLI Panzer telah dikerahkan ke Barisan Timur untuk Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan ke atas Soviet Union pada bulan Jun. Pasukannya memimpin kemaraan Kumpulan Tentera Darat Utara ke pinggir Leningrad pada Oktober. Seperti kebanyakan kor Jerman di Barisan Timur, kor Reinhardt melaksanakan jenayah Perintah Komisar.[2] Menurut laporan daripada unit bawahan, perintah itu telah dijalankan secara meluas.[3] Pasukan-pasukan dibawah pemerintahan Reinhardt melaksanakan dasar OKH yang "menghapuskan" penyakit mental; pada Disember 1941 mereka membunuh 10 orang pesakit mental di bandaraya Kalinin Rusia, di atas alasan mereka mengancam keselamatan.[4] Pada 5 Oktober Reinhardt diberi memerintah Tentera Darat Ke-3 Panzer dalam Kumpulan Tentera Darat Tengah dan mengambil bahagian dalam kemaraan ke Moscow, iaitu Operasi Typhoon. Selepas kekalahan Jerman dalam Pertempuran Moscow, ketumbukannya telah ditolak kembali oleh serangan balas Soviet semasa musim sejuk 1941−42.

Operasi anti-partisan

Dari awal tahun 1942 sehingga bulan Jun 1944, Tentera Darat Ke-3 Panzer beroperasi di sekitar Vitebsk dan Smolensk. Di dalam operasi anti-partisan di kawasan itu, pasukan dibawah Reinhardt memusnahkan seluruh masyarakat. Laporan Februari 1943 menyatakan:[5]

Untuk menghalang gerombolan dari menetap semula di wilayah ini, penduduk kampung dan ladang di kawasan ini dibunuh tanpa pengecualian seorang bayipun. Semua rumah dibakar.

Ketumbukan ini terlibat dalam pengusiran orang awam ke kem tahanan. Antara bulan September dan Disember 1943, hampir 4,000 orang awam dipindahkan dari Vitebsk dan kawasan sekelilingnya, kerana mereka disyaki membantu "gerombolan" (tanda petikan dalam laporan asal). Tindakan ini dijalankan dengan kerjasama unit-unit SD; orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dipindahkan ke kem tahanan Auschwitz, dimana mereka mati akibat kebuluran dan penganiayaan atau kemudian di bunuh dengan gas beracun.[5]

Pada 26 Mei 1944, Reinhardt dikurniakan darjah Pedang untuk pingat Knight Crossnya. Pada Jun 1944, Panzer Ketiga dan keseluruhan Kumpulan Tentera Darat Tengah telah dipecah belahkan dalam Operasi Bagration Soviet dan ditolak kembali kedalam Poland dan Prusia Timur. Pada 16 Ogos 1944, Reinhardt diberi memerintah Kumpulan Tentera Darat Tengah.[6] Pada bulan Disember, serangan baru Soviet menolak keluar Kumpulan Tentera Darat Tengah dari Poland dan masuk ke utara Prusia. Reinhardt bersara dari tugas aktif pada Januari 1945.[7]

Berkaitan